<When The Keyboard Talk>

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum .. You've stepped in Nurfiq's world


nurfiq

Contact Me

credits
04:25 | 0 Cloud(s)
Talk about Purdah

Assalamualaikum... I know some girls are baffled on the hukum of wearing the purdah.and at the first i also don't know if we can wear it unconstantly . (okay , broken english) . But Alhamdulillah , ukhtun and asdiqa' , i found the answers . so , dig yourself in !! "Dalam masalah purdah, ia adalah khilaf sejak sekian lama. Masing-masing telah menerima sebagai perbezaan pendapat yang terpulang kepada individu untuk mengambil pendapat yang diyakini lebih baik. Ada yang berpegang dengan hukum wajib, lalu digenggam sebagai wajib. Ada yang berpegang dengan hukum sunat, kalau pakai dapat pahala tapi kalau buka tidak berdosa, lalu itulah pendiriannya. Dan juga, ada yang berpendapat ia sebagai mubah ( harus semata-mata ) lalu mereka berpegang atas pendirian tersebut. Konklusi dalam perkara ini, masing-masing kena berlapang dada. Bagi yang berpegang dengan hukum wajib, janganlah sampai memaksa orang lain untuk pakai atau menghukum orang yang tidak pakai. Bagi yang berpegang dengan hukum harus, tidak boleh sinis dengan yang bertegas dengan memakainya sebagai wajib. Manakala bagi yang berpegang dengan hukum sunat, tidak boleh dipandang sebagai berdosa sekiranya dia meninggalkan amalan sunat tersebut. Umpama seorang sahabat kita yang setiap hari masuk masjid akan bersedekah RM2 ke dalam tabung masjid. Suatu hari dia meninggalkan amalan tersebut, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai berdosa kerana dia mempunyai pilihan samada mahu bersedekah ataupun tidak. Pakai purdah ada maqasidnya. Maqasid pakai purdah adalah untuk memelihara diri dari fitnah. Wajah wanita, meskipun bukan aurat, tetapi ia menarik perhatian lelaki, apatah lagi jika wajahnya cantik. Maka menjadi suatu yang afdhal untuk wajah tersebut dilindungi agar maruahnya tetap terjaga. Tapi, kalau pakai purdah, namun wajah di’snap’ jarak dekat, dan dipublish dalam facebook, sehingga jelas bulu matanya yang lentik, itu jelas sekali songsang dengan maqasidnya. Seseorang yang tidak berpurdah, tetapi ketika keluar ke khalayak dia tidak menonjolkan perhiasan diri dan wajah serta sangat menjaga dari mempublish gambar di facebook atau blog, adalah LEBIH BAIK daripada seseorang yang berpurdah, tetapi bergemerlapan, gemar bergambar jarak dekat menampakkan bebola matanya yang jernih, sambil menjeling dengan jelingan bertopeng panahan syaitan. Apa yang tidak khilaf adalah kewajipan menjaga diri dari fitnah. Taken from : http://www.myilham.com/blog/2012/02/pandangan-saya-tentang-purdah-on-off/

0 Comments:

<$Nurfiq said$>

Post a Comment